Akupunktur adalah kaeadah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu (Acupunture Point) pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chi) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala, selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur, para akupunturis mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba.
Teknik penggunaan haba dikenali sebagai “Moxibustion” dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil “Electrostimulation“. Jarum akupunktur yang digunakan mestilah disterilkan dan keseluruhannya adalah jenis yang pakai-buang.
Kaedah ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China. Namun penghormatan telah diberikan oleh kebanyakan ahli-ahli perubatan kepada China kerana pengalaman jenis ini banyak diguna atau diamalkan oleh rakyat China sejak 4000 tahun yang lampau sehingga hari ini.
Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa yang pertama di dunia ini mencatat sejarah tentang Perubatan Akupuntur dengan lengkap yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ’Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masihi’
Pada zaman kuno, orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu buluh dan lain-lain sebagai asas rawatan untuk menekan atau menusuk di bahagian tertentu badan. Di zaman moden ini. Alat-alat tersebut telah digantikan dengan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile yang diperbuat dari berbagai logam seperti Jarum Perak, Tembaga dan Emas.
Di antara ketiga jarum tersebut, jarum emaslah yang paling banyak sekali mengeluarkan tenaga Qi (chi) iaitu 100 kali ganda kekuatannya dari Jarum Perak.
Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada tenaga magnetik yang dinamakan sebagai kuasa ubat yang akan memberi kesan segera apabila ditusuk ke suatu titik khas badan dengan mengeluarkan rasa seperti kebas-kebas, berat, senak, berdenyut-denyut atau bengkak. Semua rasa ini dikenali sebagai ’Deqi’ yakni arus elektrik yang melalui channel atau meridian atau kolentral yang sudah cukup untuk melegakan atau menyembuh sesuatu penyakit.
No comments:
Post a Comment